Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 23 May 2014

KESEIMBANGAN/ BALANCE

          Keseimbangan merupakan antara salah satu teknik komposisi. teknik keseimbangan terbahagi kepada dua iaitu formal dan tidak formal. subjek utama yang tidak berada di tengah akan nampak lebih menarik kerana ia akan menghasilkan gambar yang dinamik. hal ini demikian kerana, gambar yang tidak simetri akan menghasilkan tekanan visual.

         Apabila sesuatu gambar itu sangat simmetri, keseimbangan dalam gambar akan dapat diketahui dengan lebih mudah. Tetapi gambar akan menjadi tidak menarik apabila keseimbangan itu terlalu nampak. Selalunya gambar yang tidak seimbang akan dapat menarik perhatian orang ramai berbanding gambar yang terlalu seimbang. Terdapat banyak jenis keseimbangan iaitu gabungan jarak objek dekat dan jauh, gabungan cerah dan gelap.  Gambar yang tidak simetri atau dikenali juga sebagai keseimbangan tak formal. Ia agak susah namun ia lebih menarik. Gambar yang tidak seimbang sesuai digunakan apabila ingin menimbulkan perasaan misteri, pelik. Keseimbangan yang bagus memerlukan gabungan warna, bentuk dan kawasan cerah dan gelap yang tepat. 

contoh gambar yang simetri


contoh gambar tidak simetri
Thursday, 22 May 2014

RULE OF THIRD/ PANDUAN TIGAAN

          Panduan tigaan merupakan salah satu panduan dalam sesuatu karya seni dan komposisi dalam fotografi. Panduan tigaan wujud atas dasar satu teori yang mengatakan bahawa mata manusia secara semulajadinya akan tertarik ke arah satu titik yang bertindih yang berlaku apabila imej dipisahkan kepada tiga bahagian. Dalam panduan tigaan ini, gambar dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dua garis bayangan menegak  dan melintang menjadikan 3 baris, 3 column dan 9 bahagian dalam gambar.


              Jurugambar yang menggunakan panduan tigaan akan dapat menghasilkan gambar yang cantik. Panduan tigaan jika digunakan ketika mengambil gambar akan dapat mengelakkan seseorang itu daripada melakukan “cropping” disebabkan komposisi yang tidak menarik dan ini kerana "cropping" boleh mengurangkan kualiti gambar tersebut. Dalam panduaan tigaan ini, subjek akan menjadi “center of interest”. Dalam panduan ini subjek yang menjadi “center of interest” akan diletakkan pada garis yang bertembung. Ia akan menghasilkan satu gambar yang seimbang.





ini merupakan contoh gambar yang menggunakan panduan tigaan. 

DEPTH OF FIELD/KEDALAMAN MEDAN

Kedalaman medan ialah kadar jarak yang nampak jelas. Ia berbeza mengikut jenis kamera, aperture dan jarak yang difokuskan. Ia juga berbeza mengikut tetapan yang ditetapkan. Lebih mudah ia merupakan zon fokus yang paling jelas di depan, belakang dan objek sekeliling di mana lensa difokuskan hanya pada objek tertentu. Secara umumnya, apabila subjek yang hendak diambil berada dalam jarak yang dekat maka taburan kedalaman medan di hadapan dan belakang subjek akan menjadi lebih sekata. Beberapa faktor yang berkaitan dengan kedalaman medan ini ialah: pembukaan diaphragm lensa(aperture), focal length dan saiz imej. Kedalaman medan akan bertambah apabila jarak bertambah. Semakin jauh kamera daripada subjek maka semakin tinggi kedalaman medan yang boleh didapati. 
.

 

Dua gambar di atas ini merupakan contoh penggunaan teknik kedalaman medan

Kedalaman medan ini membantu jurugambar untuk fokus kepada satu subjek yang dikehendaki supaya apabila dilihat, gambar yang difokuskan akan menjadi tumpuan berbanding objek lain yang berada disekeliling subjek. Kedalaman medan terbahagi kepada dua iaitu kedalaman cetek dan kedalaman dalam. kedalaman yang cetek dapat diperolehi apabila aperture diluaskan dan menjadi deep apabila aperture dikecilkan ataupun lubang lensa dikurangkan. Kedalaman yang dalam akan menampakkan lagi banyak subjek yang difokuskan secara jelas iaitu kawasan yang difokuskan bertambah dan tidak hanya fokus kepada satu subjek sahaja.
Tuesday, 20 May 2014

EXPOSURE



Exposure adalah jumlah pendedahan cahaya yang diterima oleh sensor dalam kamera apabila kita menangkap sekeping imej. Exposure juga amat penting dalam menghasilkan gambar yang menarik dan mampu merosakkan gambar sekiranya tidak digunakan secara betul. Sebagai contoh, jika pendedahan cahaya yang diterima terlalu banyak, hasil gambar akan menjadi terlampau terang atau dipanggil 'over exposure'. Sebaliknya, ia akan menjadi terlalu gelap / 'under exposure' sekiranya menerima pendedahan cahaya yang sikit. 2 alat kawalan yang memainkan peranan dalam menentukan exposure iaitu SHUTTER SPEED dan APERTURE yang telah diterangkan dalam post sebelum ini. Hasil gabungan kedua-dua alat kawalan itulah yang dipanggil exposure. Kita bernasib baik kebanyakkan kamera pada zaman sekarang telah dilengkapi dengan pengukur cahaya yang akan menetapkan nilai pendedahan cahaya agar menghasilkan gambar yang optimum. Tetapi, jika kita pandai mengawal exposure tersebut secara manual, gambar - gambar yang lebih kreatif dan cantik dapat dihasilkan daripada menggunakan 'automatic exposure'.

Berikut adalah kesan penggunaan exposure terhadap hasil gambar.



Monday, 19 May 2014

SHUTTER SPEED



Kelajuan shutter merupakan asas yang perlu dipelajari oleh sesiapa yang hendak berjinak-jinak dalam bidang fotografi. Kelajuan shutter merupakan konsep yang penting untuk difahami ketika mengambil gambar. Sebelum mengambil gambar, kita harus mengetahui bagaimana hendak menentukan dan membaca kelajuan shutter. Kelajuan shutter ditentukan dalam pecahan untuk satu saat. 1/50 mengambil masa yang lebih lama berbanding 1/200. Apabila banyak cahaya sesuatu kawasan kelajuan shutter akan bertambah manakala apabila didedahkan kepada pencahayaan yang sedikit, kelajuan shutter akan berkurangan. Kelajuan shutter dan aperture saling berkaitan. Secara umumnya, jika kelajuan shutter berkurangan maka gambar yang diambil akan menjadi lebih kabur. Kelajuan shutter yang tinggi akan menghentikan pergerakan. Sekiranya anda ingin mengetahui kelajuan shutter anda maka anda haruslah mengelakkan tangan anda daripada menggigil. Perubahan pada kelajuan shutter akan mengubah kadar dedahan dan akan mengubah kadar kemasukan cahaya pada pengesan imej. Kelajuan shutter yang rendah akan menyebabkan lebih banyak cahaya masuk ke lensa manakala kelajuan shutter yang tinggi akan membenarkan hanya sedikit cahaya masuk ke kamera kerana shutter dibuka untuk masa yang sekejap. Terdapat dua cara untuk tetapkan kelajuan shutter secara manual iaitu dengan menetapkan tetapan kamera ke "shutter priority", di mana kelajuan shutter akan ditentukan oleh anda sendiri dan aperture akan ditetapkan oleh kamera secara automatik. Pilihan kedua ialah anda boleh menetapkan tetapan kamera anda kepada "Manual", tetapan ini akan membolehkan anda memilih dan menetapkan kelajuan shutter dan aperture secara manual.


Gambar di atas menunjukkan perbezaan antara kelajuan shutter yang rendah dan kelajuan shutter yang tinggi. 
Sunday, 18 May 2014

KOMPOSISI



Komposisi merupakan antara elemen penting dalam sesuatu kerja seni. Komposisi secara khususnya bermaksud susunan sesuatu objek. Susunan objek sangat penting dalam menghasilkan karya yang menarik dan mendapat sambutan. Seseorang jurugambar haruslah peka akan keadaan sekeliling dan mencari posisi yang sesuai untuk menghasilkan satu gambar yang menarik dan sempurna. Jika elemen di dalam gambar terlalu sikit atau terlalu banyak juga boleh menyebabkan sesuatu gambar itu tidak menarik. Jika terlalu banyak elemen mungkin akan menyebabkan gambar tersebut nampak sesak dan serabut. Oleh itu, jurugambar harus bijak memilih posisi yang akan menghasilkan gambar yang cantik lagi menarik. Jurugambar boleh mengalihkan objek mengikut susunan yang dikehendaki jika objek tersebut boleh dialihkan. Namun, jika ia melibatkan pemandangan atau objek yang tidak boleh dialihkan, maka jurugambar harus pandai mencari posisi kamera yang boleh menjadikan gambar yang akan diambil menjadi menarik. Tetapi, dalam sesuatu keadaan komposisi yang digunakan adalah tidak natural bagi menyampaikan mesej tertentu. Contohnya seperti karya perang. Hal ini kerana jurugambar ingin menyampaikan ketakutan, dan betapa teruknya peperangan tersebut. Fotografi merupakan bahasa visual yang digunakan secara global. “More experience you have, better choices you will make”. Seseorang jurugambar yang berpengalaman tidak akan mempunyai masalah dengan komposisi kerana sudah menjadi kebiasaan dan jurugambar tersebut tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik. =)

Hasil komposisi yang tepat akan menghasilkan gambar yang menarik.


Terdapat 5 elemen dalam komposisi fotografi iaitu:
a) Corak
b) Simetri
c) Tekstur
d) Garisan
e) Kedalaman Medan