Exposure adalah jumlah pendedahan cahaya yang diterima oleh sensor dalam kamera apabila kita menangkap sekeping imej. Exposure juga amat penting dalam menghasilkan gambar yang menarik dan mampu merosakkan gambar sekiranya tidak digunakan secara betul. Sebagai contoh, jika pendedahan cahaya yang diterima terlalu banyak, hasil gambar akan menjadi terlampau terang atau dipanggil 'over exposure'. Sebaliknya, ia akan menjadi terlalu gelap / 'under exposure' sekiranya menerima pendedahan cahaya yang sikit. 2 alat kawalan yang memainkan peranan dalam menentukan exposure iaitu SHUTTER SPEED dan APERTURE yang telah diterangkan dalam post sebelum ini. Hasil gabungan kedua-dua alat kawalan itulah yang dipanggil exposure. Kita bernasib baik kebanyakkan kamera pada zaman sekarang telah dilengkapi dengan pengukur cahaya yang akan menetapkan nilai pendedahan cahaya agar menghasilkan gambar yang optimum. Tetapi, jika kita pandai mengawal exposure tersebut secara manual, gambar - gambar yang lebih kreatif dan cantik dapat dihasilkan daripada menggunakan 'automatic exposure'.
Berikut adalah kesan penggunaan exposure terhadap hasil gambar.
Kawan kenalkan blog ni >.< umm sekarang saya tahu da pasal exposure ni, tapi admin leh tunjukkan contoh macam mana nak set secara manual tak hehe...
ReplyDelete