Panduan tigaan merupakan salah satu panduan dalam sesuatu
karya seni dan komposisi dalam fotografi. Panduan tigaan wujud atas dasar satu
teori yang mengatakan bahawa mata manusia secara semulajadinya akan tertarik ke
arah satu titik yang bertindih yang berlaku apabila imej dipisahkan kepada tiga
bahagian. Dalam panduan tigaan ini, gambar dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dua
garis bayangan menegak dan melintang menjadikan 3 baris, 3 column dan 9 bahagian dalam gambar.
Jurugambar
yang menggunakan panduan tigaan akan dapat menghasilkan gambar yang cantik.
Panduan tigaan jika digunakan ketika mengambil gambar akan dapat mengelakkan
seseorang itu daripada melakukan “cropping” disebabkan komposisi yang tidak menarik dan ini kerana "cropping" boleh mengurangkan kualiti gambar tersebut. Dalam panduaan tigaan ini,
subjek akan menjadi “center of interest”. Dalam panduan ini subjek yang menjadi
“center of interest” akan diletakkan pada garis yang bertembung. Ia akan
menghasilkan satu gambar yang seimbang.


ini merupakan contoh gambar yang menggunakan panduan tigaan.
Info yang menarik. terima kasih :)
ReplyDelete