Keseimbangan
merupakan antara salah satu teknik komposisi. teknik keseimbangan terbahagi
kepada dua iaitu formal dan tidak formal. subjek utama yang tidak berada di
tengah akan nampak lebih menarik kerana ia akan menghasilkan gambar yang
dinamik. hal ini demikian kerana, gambar yang tidak simetri akan menghasilkan
tekanan visual.
Apabila sesuatu gambar itu sangat
simmetri, keseimbangan dalam gambar akan dapat diketahui dengan lebih mudah. Tetapi
gambar akan menjadi tidak menarik apabila keseimbangan itu terlalu nampak. Selalunya
gambar yang tidak seimbang akan dapat menarik perhatian orang ramai berbanding
gambar yang terlalu seimbang. Terdapat banyak jenis keseimbangan iaitu gabungan
jarak objek dekat dan jauh, gabungan cerah dan gelap. Gambar yang tidak simetri atau dikenali juga
sebagai keseimbangan tak formal. Ia agak susah namun ia lebih menarik. Gambar yang tidak seimbang sesuai digunakan apabila ingin
menimbulkan perasaan misteri, pelik. Keseimbangan yang bagus memerlukan
gabungan warna, bentuk dan kawasan cerah dan gelap yang tepat.

contoh gambar yang simetri

contoh gambar tidak simetri